Visi Mantap Sdn Bhd, syarikat bioteknologi yang bertujuan untuk memerangi pemanasan global dan perubahan iklim dengan menghasilkan penyelesaian bio-organik untuk model pertanian, penternakan haiwan, pengurusan bio-sisa, dan tenaga hijau.
Pertanian konvensional menggunakan bahan kimia sintetik sebagai input nutrisi, boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar tempatan dan iklim global.
Teknologi syarikat melibatkan pergerakan mikrob dan ekosistem tanah, yang mampan dan berkesan dari segi tenaga.
Bersama kita menjaga alam, menyuburkan masa depan.
Sisa Sifar demi bumi lestari.
Tanah pertanian kita telah menghadapi tekanan yang signifikan disebabkan oleh penggunaan berlebihan bahan kimia sintetik dan amalan pertanian yang tidak mampan.
Sejak 100 tahun yang lalu, sepertiga dunia telah mula banyak bergantung kepada baja kimia sintetik dan racun serangga untuk sektor pertanian. Amalan pertanian seperti ini telah memberi kesan kepada krisis iklim dunia, merosakkan tanah, pencemaran alam sekitar dan membunuh organisme.
Penggunaan benih GMO, baja sintetik, dan racun berlebihan boleh merosakkan kesihatan manusia. Walaupun sayur-sayuran dan buah-buahan kelihatan segar dan telah dibersihkan, racun kekal di dalamnya.
Oleh itu, amalan pertanian yang tidak lestari akan mengurangkan nutrisi tanaman, menyebabkan masalah terbantut pada kanak-kanak, pertumbuhan populasi yang tidak seimbang, dan meningkatkan kemiskinan akibat kenaikan harga barang makanan.
Pertanian mampan menggunakan konsep 100% organik amat memerlukan Teknologi untuk memastikan peningkatan hasil tanaman bagi memenuhi keperluan makanan.
Memahami dan meniru simbiosis antara organisme seperti mikrob, cacing tanah dan tumbuhan adalah penting untuk meningkatkan produktiviti tanaman dengan cara yang lestari. Simbiosis ini membantu mencapai keseimbangan ekosistem yang saling menguntungkan dan boleh menyediakan nutrisi dengan pantas serta melindungi tanaman dari penyakit.
Konsep Kitaran Ekonomi menukar sisa kepada baja yang akan menyuburkan tanaman bernutrisi untuk menyihatkan haiwan ternakan yang akan menghasilkan semula sisa untuk dikompos semula.
Baja Bio-Organik (BBO) jenama Siana kaya dengan mineral, diproses menggunakan penyahpolimeran teknologi nano dari pelbagai bahan semulajadi dan bebas dari kimia sintetik untuk kelestarian alam, ekosistem dan permakultur. Baja kualiti N-Fixing dan Rhizosphere ini pasti membuatkan anda terkejut melihat hasilnya!
Mikrob adalah sumber kehidupan dalam reka bentuk semula jadi. Tenaga kerja tidak kelihatan ini memegang kunci kepada kesuburan tanah dan keseimbangan produktiviti serangga perosak dan mesra di ladang kita.
Pestisid dan fungisid dengan jejak toksik yang semakin meningkat mengancam nyawa petani, menyebabkan ancaman kesihatan kepada pengguna dan meninggalkan residu toksik di udara, air dan tanah
Kesihatan alam sekitar adalah segala-galanya yang kita ada. Jika kita tidak menjaganya, siapa lagi yang akan melakukannya?
MASTER STOCKIST RM1,000.00
STOCKIST RM500.00
AGENT RM300.00
VIP MEMBER RM50
Pertanian konvensional menggunakan bahan kimia sintetik sebagai input nutrisi, boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar tempatan dan iklim global.
Teknologi syarikat melibatkan pergerakan mikrob dan ekosistem tanah, yang mampan dan berkesan dari segi tenaga.
Baru sekali baja, selepas dua minggu, pokok limau bali pecah bunga buat kali pertama!
En. Fikri Ahmad @sisasifarTanaman hiasan seperti pokok bunga, keladi, indoor plant semuanya jadi sangat subur bila pakai baja Siana ni!
Ustaz Turmizi @sisasifarKita tidak boleh membiarkan keperluan masa kini mengorbankan keperluan masa depan.
Bersama kami menjaga kelestarian alam
Pokok ni dah pernah kering nak mati, tiba-tiba lepas sekali dibaja. daun lebat dan mula keluarkan bunga dengan banyak.
Mohd Razib bin Ali @sisasifar