Buah cili atau cabai sangat diminati oleh orang malaysia sering dijadikan sebagai menyedap masakan dan juga dimakan begitu sahaja. Namun, kebanyakan cili yang ada di pasaran ditanam menggunakan baja kimia dan racun yang dapat menjejaskan kesihatan kita.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk cuba menanam cili secara organik dengan mudah di rumah anda.
Mari kita belajar cara menanam cili di rumah semudah ABC!
Anda boleh dapatkan biji cili daripada cili yang anda beli di pasar. Caranya hanya perlu belah dua cili yang sudah kering dan keluarkan biji-biji yang ada di dalamnya. Kemudian, rendam biji benih cili dengan air bersama 1ml Foliar Hijau Pekat jenama Siana.
Sediakan pasu berserta tanah yang sesuai, gaulkan dengan segenggam baja Siana. Kemudian, korek tanah sedikit dan letak 2-3 biji cili kemudian kambus biji cili yang diletakkan tadi kembali.
Tabur secubit baja tanah organik bagi nutrien pokok dan membantu pokok untuk cepat membesar sebaiknya 2 minggu sekali.
Siram air pada tanah pokok selepas tanam dengan kekerapan dua kali sehari.
Baja memainkan peranan penting untuk tumbesaran pokok. Di sini saya sarankan anda mencuba Baja-Bio Organik Siana kerana ia sesuai untuk semua jenis tanaman termasuk cili.
Sekarang ni ada tawaran dapat FREE e-book tanaman lestari atau video menanam.
Anda hanya perlu klik link ini untuk dapat free barangan di atas.
Anda minat menanam durian? Jom tengok punca durian tidak berbuah!