Sisa Sifar

Punca Durian Tidak Berbuah Kali Ini!

Punca Durian Tidak Berbuah Kali Ini!

Tajuk Artikel Facebook 1

Tentu sedih melihat kebun durian terdekat anda sudah berbuah lebat, tetapi mengapa tidak kebun anda? Sudah habis ribuan ringgit, masih tetap sama. Setiap kali masuk musim buah, sepi. Kenapa susah sangat nak berbuah pokok-pokok durianku ini? Mari saya terangkan 7 PUNCA UTAMA POKOK DURIAN SUSAH NAK BERBUAH. Mungkin dengan anda selesaikan ketujuh-tujuh punca ini, pokok durian anda boleh berbuah selalu!

1. Silap Pilih Anak Pokok

Kesilapan yang paling ramai orang buat adalah pemilihan anak pokok durian yang salah. Yang diharapkan berbuah tidak berbuah sampai ke sudah kerana pokoknya jantan rupanya! Jadi, sebelum anda membeli anak pokok, pastikan anak pokok sudah berusia lebih enam bulan, batang utamanya tegak, lurus dan mempunyai dahan yang banyak, tumbuh secara melintang atau sekurang-kurangnya lebih 45 darjah dari batang utama.

2. Jarang Memangkas

Setelah anda menanam, rajin-rajinlah memangkas dahan pokok durian yang tumbuh menegak atau kurang dari 45 darjah dari batang utama kerana dahan tersebut dahan jantan! Buah tidak akan tumbuh di situ walaupun anda tunggu berpuluhan tahun lamanya… Sudut ideal dahan adalah sekitar 45-60 darjah dengan jarak antara dahan sekitar 40-60cm. Pemangkasan yang tidak seimbang boleh menyebabkan pokok rebah. Mulakan memangkas seawal pokok berusia 3-6 bulan supaya pokok berbentuk piramid dan memiliki satu tunjang utama yang kukuh. Anda boleh belajar teknik pemangkasan pokok durian di sini.

Image 2

3. Kurang Keperluan Asas

Dalam penjagaan pokok, ramai yang culas tentang keperluan air, ruang dan cahaya. Sekiranya anda tanam pokok durian di hadapan rumah sekalipun, jangan lupa pokok durian perlukan ketiga-tiga elemen ini untuk membesar. Jangan tanam rapat-rapat dengan pokok buah lain kerana ia boleh membantut tumbesaran pokok dan menjadikan pokok tidak berbuah walaupun sudah berusia lebih 5 tahun! Jarak yang paling sesuai di antara pokok durian adalah 10m x 10m. Pastikan tanah disiram secukupnya. Anda boleh belajar tentang sistem pengairan ladang durian di sini.

Image 3

4. Tanah Tidak Subur

Tanah adalah kunci utama nutrien dapat disalurkan kepada pokok durian anda. Pokok durian amat sukakan tanah yang subur, dalam dan gembur. Durian amat sensitif dengan keadaan air bertakung, kerana itu tanah bris, asid sulfat dan gambut tidak sesuai untuk tanaman durian. Durian memerlukan pH antara 5.5- 6.5 untuk pertumbuhan yang optimum. Anda boleh gunakan pH meter untuk menyukat kadar keasidan tanah. Ketahui teknik menyuburkan semula tanah yang keras, mati atau berasid melalui amalan membuat kompos teknologi nano daripada sisa ladang di sini.

Image 4

5. Kekurangan Nutrien

Pokok durian adalah pokok yang mudah sekali dijaga. Hanya tanam tinggal sahaja. Tetapi, untuk menikmati buah yang enak, pokok durian perlukan nutrien secukupnya. Nutrien terbahagi kepada makro (N, P, K) dan mikro (TE = Mg, S, Fe, Mn, Cu). Nutrien ini penting dan boleh didapati secara organik walaupun tanpa bahan kimia sintetik. Anda boleh pelajari simptom kekurangan nutrien pada pokok anda secara umum di sini dan teknik membaja pokok durian secara 100% organik di sini.

Image 1

6. Faktor Iklim

Iklim tropika yang panas dan lembab bersuhu 27-37 darjah celsius dan kadar purata hujan 1400-1800mm menjadi antara faktor utama durian boleh berbuah. Pada peringkat matang, durian perlukan kelembapan tanah yang rendah dan satu jangka masa musim panas sekitar 1-3 bulan untuk mengeluarkan bunga dan buah. Pengudaraan yang baik juga amat penting untuk pendebungaan agar pokok boleh berbuah. Pendedahan cahaya matahari yang penuh diperlukan pokok durian sepanjang tahun. Jadi, untuk menghasilkan buah durian, faktor iklim amat memainkan peranan yang penting!

Image

7. Belum Tiba Masanya Berbuah

Pokok durian yang ditanam dari biji hanya mula berbuah pada usia 8-10 tahun, manakala pokok durian yang ditanam secara tampang boleh berbuah seawal usia 5-6 tahun. Musim buah di sekitar utara Semenanjung Malaysia adalah sekitar Jun hingga Ogos manakala yang lain rata-rata mempunyai dua musim iaitu Jun-Ogos dan November-Disember.

Kesimpulannya, setiap negeri ada musim buah durian yang tersendiri. Ada negeri yang berbuah dua kali setahun, ada juga yang hanya sekali setahun. Jadi kita tidak boleh pukul sama rata. Sekiranya musim durian telah tiba, kita tidak perlu terlalu cemburu sekiranya pokok masih tidak berbuah lagi.

Ini kerana berkemungkinan besar, durian yang ada di pasaran adalah bukan dari daerah kita! Nak tahu jadual menarik musim buah durian di seluruh Malaysia? Klik sini.

Durian Berbuah Hati Girang

Kami faham, ramai pekebun di luar sana yang tidak sabar menunggu pokok durian anda berbuah. Kini, dengan ilmu, teknik penjagaan dan teknologi yang tepat, peladang durian sudah boleh menikmati pendapatan lumayan dari hasil durian walaupun pokok baru sahaja berusia 5 tahun. Jangan putus asa dan teruskan berusaha!

Cara Pembuatan Baja Bio Organik 1

Di Sisa Sifar, kami amat menyarankan para peladang membuat kompos dari sisa organik yang mudah didapati seperti daun, ranting dan kulit buah untuk mengekalkan kesuburan dan kelembapan tanah terutama di musim kemarau. Kami juga ada MENGHASILKAN INPUT PERTANIAN ORGANIK yang komprehensif dari penggalak kompos, baja, foliar dan pembasmi perosak yang berkesan, mesra alam dan lebih kos efektif!

Produk Text

Rasa Durian Organik Lebih Manis Dan Berkhasiat!

Selain lebih jimat, pokok durian yang ditanam secara 100% organik adalah lebih lasak, tahan kemarau dan kurang mengalami serangan serangga perosak kerana ekosistem biologi yang masih terjaga seperti mikrob baik dan cacing tanah semakin membiak aktif di dalam tanah. Rasa buah durian organik juga lebih manis dan berbau harum!

Img 7553

Hal ini kerana nutrien organik yang diberikan kepada pokok adalah tidak terhad kepada nutrien makro semata iaitu NPK. Baja organik amat kaya dengan bahan organik dan mikronutrien penting seperti Boron (b), Silica (Si), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Ferum (Fe), Manganese (Mn), Kuprum (Cu) dan banyak lagi unsur yang semakin dilupakan dek kerana majoriti para petani hanya fokus kepada unsur nutrien NPK sahaja.

Khasiat Buah Durian Organik Seperti Minyak Zaitun!

Durian merupakan sumber tenaga yang baik kerana mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak yang tinggi yang menyamai kandungan lemak minyak zaitun! Kandungan potassium dalam durian juga adalah lebih tinggi berbanding pisang. Selain itu, durian memiliki kandungan asid folik, polifenol seperti flavanoid, tanin asid fenolik dan komponen bioaktif lain yang amat berkhasiat untuk tubuh badan.

Sekiranya penjagaan pokok durian mengambil pendekatan dijaga secara 100% organik tanpa bahan kimia dan racun sintetik, maka, khasiat buah durian ini akan semakin tinggi dan harganya juga boleh menjadi semakin mahal dan lumayan! Kan lebih untung begitu???

SisaSifar.Com : Kelas Tanam Durian Organik

Whatsapp Image 2024 02 29 At 18.20.36

SisaSifar.Com ada melaksana Kelas Tanam Durian Organik di dalam WhatsApp secara berkala. Jom Menanam Durian Dengan Mudah dan Jimat menggunakan konsep pertanian mampan 100% organik. Klik saja link di bawah!

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *