Sisa Sifar

FAKTA PADI:JOM KENAL VARIETI PADI MARDI

FAKTA PADI:JOM KENAL VARIETI PADI MARDI

Tajuk Artikel Facebook 3 1

Pengenalan

Sejak tahun 1964, MARDI telah memperkenalkan sebanyak 52 varieti padi di Malaysia yang merangkumi 38 varieti padi biasa, empat varieti pulut, lima varieti padi wangi, dua padi warna, dua varieti padi toleran racun herba dan satu varieti hibrid. Kebanyakan varieti padi ini mendapat penerimaan yang baik
oleh pesawah dan ditanam di kesemua jelapang padi utama termasuklah di kawasan luar jelapang. Secara amnya, varieti baharu yang diperkenalkan mempunyai beberapa ciri istimewa terutamanya hasil tinggi, aroma, kerintangan yang baik kepada penyakit dan perosak utama yang dapat memenuhi keperluan
pesawah dan mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh industri. Pada masa kini, lebih 95% kawasan jelapang padi utama ditanam dengan varieti moden yang dibangunkan oleh pembaikbaka tempatan di mana sebilangan besar varieti tersebut dibangunkan oleh MARDI. Setiap varieti baharu yang
diperkenalkan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pesawah dan liputan penanamannya akan meningkat dari tahun ke tahun sehingga melebihi 90% seperti yang direkodkan pada
varieti MR 84 dan MR 219. Namun demikian, penerimaan dan liputan varieti tersebut akan menurun apabila mulai rentan terhadap serangan perosak dan penyakit. Oleh itu, keperluan terhadap pembaikbakaan varieti baharu dengan objektif yang spesifik mampu memenuhi keperluan pesawah dan mengatasi masalah setempat adalah penting bagi memastikan kemampanan dan kelestarian pengeluaran beras negara.

Objektif pembaikbakaan


Seperti pembaikbakaan tanaman lain, matlamat utama dalam pembaikbakaan padi adalah menghasilkan varieti yang berhasil tinggi yang sesuai kepada sasaran fiskal, memenuhi keperluan
dari segi kualiti biji dan beras untuk pasaran tempatan, rintang kepada perosak dan penyakit yang dapat meminimumkan kos pengurusan serta bersesuaian dengan amalan agronomi dan
pengurusan tanaman semasa.

Objektif pembaikbakaan berubah mengikut keadaan, bersesuaian dengan keperluan petani dan permasalahan semasa yang dihadapi dalam industri. Secara amnya, objektif yang diberi keutamaan dalam program pembaikbakaan ialah:

  • Tempoh matang yang singkat/matang awal, tidak sensitif fotokala dan sesuai ditanam dua kali setahun.
  • Pokok rendah, tegak dan sesuai untuk kaedah tabur terus.
  • Potensi hasil tinggi.
  • Rintang kepada penyakit dan perosak utama.
  • Biji dan beras berkualiti yang bersesuaian dengan pasaran tempatan.
  • Sesuai kepada persekitaran dan ekosistem yang spesifik seperti masalah tanah masam, saliniti, kemarau, titik panas perosak serta penyakit dan sebagainya.

Prosedur pembangunan dan perisytiharan varieti padi baharu MARDI

Pembangunan varieti baharu MARDI perlu melalui beberapa prosedur utama yang terdiri daripada penjanaan variasi dan pemilihan titisan mengikut ciri-ciri yang dikehendaki, penilaian varieti padi berpotensi untuk dikomersialkan dan pembiakan benih (benih baka dan asas) dan pengisytiharan. Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti pembaikbakaan adalah teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan supaya varieti yang dihasilkan adalah berkualiti dan
lebih sistematik.
Pelbagai kaedah seperti kaedah kacukan, aruhan mutasi sama ada menggunakan rawatan kimia atau radiasi, tisu kultur (anter kultur, kultur sel), gen transformasi dan teknologi padi hibrid boleh digunakan untuk menjana sesuatu varieti. Kaedah kacukan merupakan kaedah popular yang digunakan oleh pembaikbaka tanaman padi MARDI dan diikuti dengan proses pemilihan titisan bersegregasi menggunakan pelbagai kaedah pemilihan yang bersesuaian dengan objektif pembaikbakaan. Antaranya adalah pemilihan titisan tulen (pure line selection), pukal dan pedigri.

Penggunaan Baja Organik

Baja bio-organik Siana dan Foliar Hijau Siana dapat membantu padi untuk tumbesaran optimum dan juga dapat membuatkan padi mengeluarkan beras yang banyak dalam waktu singkat. Oleh itu, ramai petani di Malaysia menggunakan baja Siana iaitu jenama 100% milik bumiputera.

Sekarang Siana ada buat promosi beli dan dapat FREE Ebook tanaman atau video menanam untuk 100 orang terawal!

Anda hanya perlu tekan link ni untuk dapatkan tawaran tersebut sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *