Dengan ekonomi sekarang, harga sayur pun sudah naik mencanak di Malaysia. Ini dapat memberi kesan negatif kepada masyarakat umum kerana semakin kurang yang berkemampuan untuk membeli sayur. Sayur memainkan peranan penting dalam pemakanan yang seimbang. Namun begitu, sayur yang ada di negara ini telah dicemari dengan baja kimia dan juga racun untuk mengelakkan serangan serangga. Penggunaan baja kimia dan racun ini juga dapat menjejaskan kesihatan kita dalam masa jangka panjang. Oleh itu, apakah punca-punca harga sayur naik dan cara yang dapat kita lakukan untuk selesaikan masalah ini?
Jom saya kongsikan pada anda sebab harga sayur naik dan juga langkah untuk mengatasinya!
1. Bekalan sayur negara tidak mencukupi
“Supply and demand”, bekalan sayur di Malaysia sering tidak mencukupi dan mengharapkan import dari negara seperti Thailand. Hal ini kerana tanah yang telah dicemari oleh baja kimia menjadikan tanaman kurang mengeluarkan hasil dan tidak subur. Oleh itu, penggunaan baja organik contohnya daripada jenama Siana penting bagi kelestarian tanaman pada masa hadapan. Baja Siana dapat memperbaiki tanah yang rosak akibat baja kimia dan baja ini diperbuat daripada 100% sisa organik jadi ia selamat dan mesra cacing.
2. Cuaca yang tidak menentu
Cuaca sekarang yang kemarau dan juga tengkujuh mengurangkan hasil pertanian petani. Oleh itu, baja organik Siana yang mengandungi teknologi Nitrogen Fixing yang membantu tanaman untuk tahan kemarau dan juga pada musim tengkujuh tanpa perlu siram setiap hari.
Apa yang dapat kita lakukan?
Elakkan pembaziran
Beli sayur di pasar basah atau petani dapat menjimatkan wang kerana ia dapat mengelakkan orang tengah yang akan mengambil untung lebih besar seperti pasar raya. Kita juga perlu beringat supaya mengambik kira kuantiti sayur-sayuran yang diperlukan dan tidak membazir makanan.
Tanam sayur di rumah
Antara cara yang ramai orang lakukan adalah dengan menanam sayur di rumah. Dengan ini, anda dapat jimat sehingga beratus ringgit dan juga dapat mengelakkan daripada makan sayur komersial yang menggunakan baja kimia dan racun. Anda boleh lihat cara menanam cili di rumah dengan menggunakan baja-bio organik Siana dan Foliar Hijau Siana. Dengan baja Siana sayur yang anda tanam lebih subur dan berkhasiat.
Sekarang ni Siana ada buat tawaran untuk 100 orang terawal akan dapat PERCUMA E-book tanaman atau video menanam!
Anda hanya perlu klik link() ini untuk dapat barangan percuma diatas.